Friday, November 6, 2009

Guru Sebagai Profesion

GURU SEBAGAI SATU PROFESION



Pekerjaan seorang guru adalah satu profesion yang berprofil tinggi sebenarnya. Kenapa tidak? Kerana kedudukan guru dalam masyarakat adalah dipandang tinggi disebabkan jasa yang dicurahkan oleh mereka. Hanya mereka yang tidak tahu menilai harga sebuah ilmu sahaja akan memperlekehkan profesion perguruan.




Konsep Profesional dan Bukan Profesional



Tulisan ini adalah penambahbaikan daripada artikel yang saya temui dari internet, dengan editing yang dilakukan (hehe... bukan hasil tulisan original). Tapi demi untuk perkongsian ilmu, moga semua mendapat manfaat.



Profesional merujuk kepada sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Sebagai contohnya, tidak semua orang dapat mudah-mudah menjadi doktor. Seseorang itu perlu melalui satu proses yang khusus dan ada tempoh masanya sebelum diiktiraf dalam bidang tersebut. Sama jugalah dengan profesion perguruan, bukan semua orang dapat menjadi guru sebenar-benar guru (lengkap ilmu yang diperlukan oleh guru), hanya yang mempunyai latihan khusus sahaja dipanggil guru.



Guru perlulah individu yang ermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi semua kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Setiap profesion ada etikanya yang tersendiri. Guru juga ada etikanya yang tersendiri.



Guru adalah individu yang mempunyai sikap jujur, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengutamakan mutu dan disiplin kerja. Inilah tuntutan dalam mana-mana sektor pekerjaan sekalipun kerja sebagai buruh kasar.



Pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Tugas profesion keguruan amat berat. Ia bukan seperti doktor apabila pesakit datang hanya perlu bagi ubat atau rawatan yang melibatkan fizikal. Akan tetapi guru lebih daripada itu, mengubati jiwa masyarakat yang rosak kepada baik dan meningkatkan yang baik ke arah yang lebih baik.



Dikatakan profesional juga dalam soal melakukan kerja dengan penuh keyakinan dan kehormatan untuk menjaga imej guru. Kedudukan guru sebagai pendidik ada martabatnya. Sebagaimana dinyatakan oleh Allah Ta’ala bahawa Dia akan mengangkat orang yang beriman dan yang diberi ilmu beberapa darjat. Mudah kata, kalau bab darjat dalam pandangan manusia ialah penghormatan yang diberikan.



Profesionalnya guru, kerana mereka memberi faedah kepada masyarakat dan kemakmuran negara. Membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi orang yang mulia dan boleh menyumbang kepada agama, bagsa dan negara.





Faktor-faktor yang menentukan guru sebagai suatu profesion:



Terdapat kesinambungan pendidikan untuk guru-guru. Pendidikan bagi guru tidak hanya sekadar terhenti apabila seseorang itu mendapat ijazah, diploma atau sijil dalam bidang pendidikan, bahkan ia menjangkau lebih daripada itu. Konsep kesinambungan ini samalah dengan slogan “pembelajaran sepanjang hayat”. Pendidikan berterusan penting bagi memastikan tahap keilmuan dan kemahiran guru seiring dengan tuntutan semasa.



Ilmu bersifat autonomi dan dikembangkan. Ilmu ikhtisas yang diperolehi perlulah dikembangkan dengan lebih meluas mencakupi ilmu-ilmu lain juga. Ini kerana antara semua ilmu ada kaitannya. Inilah yang dinamakan kesepaduan dalam ilmu sebagaimana yang digagaskan oleh ajaran Islam.



Memberi layanan tanpa membuat perbezaan kepada mana-mana individu. Guru sama sekali tidak boleh pilih kasih dalam mendidik. Semua individu ada hak untuk mendapatkan ilmu. Walaupun mungkin akan ada mana-mana pelajar yang akan lebih rasa kasih guru terhadapnya disebabkan dia menyenangkan atau sebagainya, akan tetapi ia buka alasan untuk membezakannya dengan pelajar-pelajar lain.



Profesion guru merupakan pekerjaan penting dalam negara. Ini kerana pendidikan adalah nadi penggerak utama negara untuk memastikan masyarakatnya terdidik dan ada generasi yanga akan menjadi pelapis masa akan datang. Pekerjaan? Setiap tahun pasti beribu-ribu siswazah akan memohon menjadi guru. Sama ada memang dia dari kelulusan pendidikan ataupun tidak. Guru Sandaran Terlatih (GST), Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) juga menjadi rebutan juga sekarang ini.



Guru adalah sebagai pakar. Pakar dalam bidangnya. Dengan ilmu pendidikan yang pelbagai yang kadang-kadang memeningkan kepala disebabkan teorinya yang pelbagai. Namun, ia adalah teori yang akan di’masak’kan oleh guru dengan pengalaman realiti yang akhirnya membentuk pakar dalam bidang perguruan.



Kesimpulannya, guru adalah pendidik. Setinggi mana pun jawatan manusia di dunia ini, ia berasal sari didikan ke mana hala tujunya. Sehebat mana gelaran yang diberikan kepada manusia, mereka juga akan perlu kepada didikan. Pendidikan adalah nadi kepada pembentukan masyarakat yang berakhlak dan bertamadun.



Wallahu a’lam.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP