Thursday, December 17, 2009

Dulu dan Kini


Dulu aku pernah pernah ke sini. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Berseorangan, berdiri di hadapannya. Bangunan Maybank Pudu tersergam di tengah pusat bandaraya. Namun aku tak pernah memasukinya.



Peluang baru-baru ini berprogram motivasi bersama anak-anak kakitangan Maybank dimanfaatkan. 3 hari sebelumnya juga berprogram bersama pelajar-pelajar sekolah anak kakitangan Takaful Ikhlas dan Bank Rakyat.



Pening kepala melayan karenah kanak-kanak yang pelbagai. Yang kecil, masih bersekolah rendah dengan halnya. Yang dah besar, bersekolah menengah pula dengan hal mereka tersendiri. Satu program tetapi pelbagai ragam disebabkan percampuran pelbagai peringkat umur.






Namun itulah realiti sebuah kehidupan yang aman Allah mahukan kita berkhidmat kepada masyarakat dalam memperbaikinya di samping memperbaiki diri. Semuanya dalam satu landasan yang sama iaitu menjadi hambaNya dan berusaha berjihad meninggikan syariat Islam.



Ilmu mesti ditambah, pengalaman perlu dicari, kesedaran perlu ada. Ini kerana ada kata-kata hikmah yang menungkapkan “Ilmu Tanpa Kesedaran (al-Wa’yu) Adalah JUMUD, Kesedaran Tanpa Ilmu Adalah BERDOSA”.




Kesedaran itu termasuk semualah lebih-lebih lagi kesedaran politik, untuk meninggikan Syariat Islam dan meningkatkan kehidupan masyarakatnya.



Wallahu a’lam.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP