Saturday, October 24, 2009

Peranan Kita


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Syukur kepada Allah kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan bernafas dan beribadah di dunia yang fana’ ini. Sesungguhnya seluruh kehidupan kita, amal perbuatan kita, ibadah kita dan kematian kita adalah untuk Allah رب العالمين.





Hari demi hari, rupa-rupanya sudah hampir kita ke penghujung tahun sama ada tahun hijrah mahu pun tahun masihi. Makin lama makin pendek usia kita. Oleh yang demikian sama-samalah kita bermuhasabah, adakah amal perbuatan kita selama ini layak untuk menjadi tukaran untuk mendapatkan syurga Allah سبحانه وتعالى ? Sama-sama muhasabah.



Baru-baru ini ana dan beberapa sahabat berpeluang melakukan jaulah ziarah ke rumah ustaz-ustaz murabbi di Kelantan (negeri sendiri). Sambil-sambil itu peluang berusrah menimba ilmu dan dan berkongsi pengalaman dengan mereka tidak dilepaskan sama sekali. Alhamdulillah, walaupun masa yang diambil adalah singkat, sekadar sehari, namun kesan dan ilmunya amat berbekas untuk dijadikan panduan dalam menempuh perjalanan kehidupan.



Paling utama untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat di sini, hasil kesimpulan pertemuan dengan murabbi-murabbi ialah peranan kita sebagai muslim sebagaimana yang kita ungkapkan dalam doa iftitah setiap kali solat. Tulisan ini dikongsi untuk sama-sama kita ingatkan kembali antara peranan kita.



إن صلاتي ونسكي ومحياى ومماتي لله رب العالمين ، لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين


Antara peranan kita dalam memberikan khidmat untukNya dan agamaNya (Islam) ialah membentuk generasi muslim mu’min yang mampu memikul tanggungjawab membawa rislah dakwah Islam kepada masyarakat.



Aspek pendidikan dilihat sebagai asas untuk pembentukan peribadi muslim yang gemilang. Tidak kira di mana sahaja kita berada, berusahalah menyumbang untuk Islam lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu dan pendidikan. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha membentuk generasi yang memahami tuntutan Islam dengan sebenar-benarnya. Wallahu a’lam.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP