Cabaran Kehidupan, Kekalkan Kemenangan
Menempuh semester pertama tahun akhir pengajian, banyak perkara yang dilalui oleh diri ini sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya. Tahun 2009 dirasakan agak berbeza daripada tahun sebelumnya kerana tampuk MPMUM diterajui oleh mereka yang mempunyai fikrah perjuangan. Dari awal tahun 2009 lagi tampuk ini bertukar, membawa satu perubahan kepada lanskap politik kampus UM.
Semester lepas berlalu, pantas terasa. Sekarang semester 1 sesi 2009/2010 juga bakal melabuh tirainya. Study Week mula menjengah ke dalam kehidupan mahasiswa. Minggu pulun habis-habisan mengulangkaji dan menyemak kembali isi ilmu catatan sepanjang pengajian satu semester. Fuh..... rutin ini kembali lagi. Suasana keilmuan lagilah akan lebih terasa.
Bentuk kehidupan sentiasa akan berubah dengan berubahnya peranan kita. Ramai sudah sahabat-sahabat yang menempuh alam yang berbeza dari alam kampus. Ada yang berkhidmat dalam bidang politik, pendidikan, perbankan, corporate training, keilmuan (master&PhD) dan lain-lain. Semuanya menandakan bahawa inilah kehidupan yang Allah سبحانه وتعالى aturkan dan kita membuat pilihan dalamnya memilih sama ada baik atau tidak.
Menyentuh soal kehidupan kita yang mengaku sebagai seorang daie, suatu renungan untuk kita berkenaaan rintangan yang akan ditempuhi oleh para daie, sama-sama kita teliti petikan ulasan Almarhum Ust Fathi Yakan dalam tulisan beliau Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah :-
PERTAMA — Menyentuh 5 jenis dugaan yang kerap menimpa seorang Muslim lebih-lebih lagi Da’ei yang beriman kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Tuhan, kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam dan Al Qur’an; sebagai perlembagaan, serta ingin ‘committed’ dengan apa yang diyakininya. 5
i) Orang Mukmin yang dengki kepadanya
ii) Orang Munafiq yang membencinya
iii) Orang kafir yang mahu memeranginya
iv) Syaitan yang hendak menyesatkannya
v) Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya
Paling dekat dengan kita ialah benda yang ada dalam diri kita sendiri iaitu nafsu. Manakala manusia yang merbahaya ialah mukmin yang dengki. Musuh di dalam selimut bak kata pepatah Melayu.
Semua ini akan lebih terasa apabila kita memasuki fasa untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kesatuan di kampus adalah di kalangan sahabat-sahabat yang rapat, namun dalam masyarakat luar, semua itu susah untuk didapati. Bahkan kitalah yang akan mewujudkannya.
Di mana proses pembinaannya? Jawapannya adalah di sekolah dan di kampus.
Kehidupan sebagai mahasiswa sememangnya berlainan dengan yang lain. Namun tanggungjawab untuk mendidik masyarakat kampus pula berlainan juga gayanya.
CABARAN MELAKUKAN PERUBAHAN MENGEKALKAN KEMENANGAN
Cabaran kehidupan sentiasa ada di mana-mana. Sememangnya itulah tujuan penciptaan kematian dan kehidupan yang dicipta oleh Allah untuk melihat siapakan antara hambaNya yang paling baik amalannya.
Tampuk teraju kepimpinan yang dipegang oleh mereka yang berfikrah ini wajib dipertahan demi memastikan kelangsungan sebuah suasana yang baik bebas daripada gejala sosial yang teruk yang sengaja di bawa masuk ke kampus oleh anasir-anasir jahat. Bersama Gapai Kecemerlangan Kekalkan Kemenangan.
0 comments:
Post a Comment