Multimedia dalam Pendidikan Al-Quran
Bentuk Multimedia dalam Pendidikan Al-Quran
Antara usaha yang penting bagi seorang guru dalam sesi pembelajarannya adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif, kreatif, efektif dan berkebolehan dalam menguasai kemahiran yang sedia ada (Mohd. Yusuf Ahmad, 2005). Melalui medium multimedia sebagai metod pembelajaran, para pelajar akan menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh guru dengan lebih jelas, mudah dan teratur. Terdapat beberapa medium yang digunakan dalam multimedia pendidikan al-Quran iaitu:
1. Slide Pengajaran
Slide pengajaran biasanya boleh di hasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point. Slide pengajaran digunakan oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menerangkan konsep utama dalam mata pelajaran pendidikan al-Quran seperti mata pelajaran Tajwid, Taranum, Ilmu Qiraat dan Hafazan melalui dengan slide pengajaran tersebut guru-guru dapat menyediakan nota ringkas dan juga maklumat yang terus dibaca oleh pelajar melalui papan layar.
Selain daripada itu, secara praktikalnya pula, penggunaan slide dapat menjimatkan masa guru daripada menulis nota di papan hitam atau di papan putih. Dengan adanya slide pengajaran guru tidak perlu menyalin dan hanya perlu menyuruh para pelajar terus membuat nota. Jika hendak lebih masa lagi, dengan peredaran teknologi kini, guru lebih mudah dengan memberikan nota berkenaan dalam bentuk soft copy di melalui web dan blog guru supaya pelajar boleh menelaah sendiri di rumah.
2. Flash
Penggunaan flash dilihat ada hubung kait dengan menggunakan slide pengajaran tetapi pengaplikasian flash lebih efektif dan kreatif kerana mempunyai kesan grafik, animasi dan audio yang menarik minat pelajar supaya memberi perhatian semasa proses pengajaran. Contohnya, dengan adanya butang Short Cut di dalam setiap perisian aplikasi flash boleh di klik, daripada klik tersebut terdapat banyak lagi subsistem-subsistem aplikasi yang berada di bawah boleh dirujuk semula oleh guru dan pelajar. Penggunaan flash dilihat satu P & P yang efektif dan efisien pada masa kini kerana dengan menggunakan satu flash dapat memuatkan semua mata pelajaran al-Quran yang ada. Contohnya mata pelajaran Tajwid boleh memuatkan beberapa tajuk hukum tajwid seperti Bab Nun Sakinah, penyebutan huruf dan kadar panjang mad.
Oleh yang demikian, para guru tidak perlu menyediakan lagi bahan pengajaran. Hal ini kerana, menyediakan sekali sahaja dapat digunakan sepanjang sesi persekolahan, berdasarkan sukatan pelajaran. Melalui flash juga para guru tidak perlu risau kerana penggunaan flash sangat fleksibal berbanding dengan Microsoft Power Point. Secara keseluruhannya perisian flash lebih efektif kerana dalam boleh mengeluarkan kesan audio visual yang berkesan dalam satu masa. Justeru itu, guru hanya klik sahaja, maka terdapat contoh bacaan taranum, qiraat dan tajwid.
3. Audio (MP3) Bacaan al-Quran
Audio MP3 bacaan al-Quran sangat popular digunakan sejak akhir-akhir ini. Audio merupakan salah satu alat bantu mengajar yang sesuai kerana contoh bacaan yang boleh diperdengarkan. Contohnya dalam ilmu qiraat. Guru boleh memperdengarkan bacaan seperti imalah dan taklil melalui audio MP3. Maka pelajar sendiri, boleh meneliti sendiri bagaimana sebutan yang sebenarnya. Penggunaan audio akan memudahkan para guru supaya lebih cepat sesi pengajaran. Dengan itu tenaga guru dapat dimaksimumkan.
4. Al-Quran Flash
Al-Quran Flash merupakan satu medium aplikasi yang terbaru yang diilhamkan oleh para pendidik kepada para pelajar untuk memudahkan mengakses al-Quran dengan hanya menggunakan flash. Pada zaman dahulu jika pelan pembelajaran Taranum, Ilmu Qiraat dan Tajwid setiap pelajar dan guru perlu ada al-Quran sendiri untuk menganalisis bacaan dan juga tulisan al-Quran. Tetapi menggunakan satu Flash sahaja yang boleh dilihat pada papan layar, membolehkan guru dan pelajar dapat melihat keadaan fizikal yang sama seperti bentuk keadaan sebenar al-Quran, boleh diselak dan warnanya yang terang. Di samping itu, pencarian surah sangat mudah, cuma perlu klik mana-mana surah yang hendak dibaca. Selain daripada itu, terdapat juga simbol, penanda atau tanda berhubung dengan ilmu tajwid.
5. Cakera Padat
Cakera padat juga merupakan multimedia yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar (ABM). Melalui CD para guru boleh menayangkan beberapa Qari yang membaca al-Quran. Di samping itu, CD mudah di bawa ke mana-mana dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
6. Laman Web dan Blog
Penggunaan laman Web dan Blog di hari ini dilihat begitu aktif terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Para guru dapat mengambil kesempatan dengan menggunakan web ini memberi kemudahan para guru dan pelajar mengakses segala maklumat yang ada dalam mata pelajaran tersebut. Contohnya, para guru boleh upload segala nota dan pelajar mengakses nota-nota guru semasa di luar bilik darjah Contoh Web: Pendidikan Al-Quran. Contoh Blog: Gerbang maya pendidikan Islam. Secara tidak langsung, pengajaran juga di namakan pembelajaran maya.
Secara keseluruhannya, aplikasi multimedia dilihat begitu efektif dan mudah sekali kerana dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar. Namun begitu, multimedia juga terdapat kelemahannya tersendiri. Walaubagaimana pun bidang teknologi dalam pendidikan perlu bersaing supaya metodologi pengajaran al-Quran seiring dengan peredaran masa.
0 comments:
Post a Comment