Friday, April 24, 2009

Contoh RPH Ting 3

Aplikasi teori pembelajaran Robert Gagne dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)



Robert Gagne memperkenalkan 9 peringkat pembelajaran iaitu :

1. Gaining Attention; iaitu guru berusaha menarik perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran.

Dalam RPH ( yang akan disertakan selepas ini ), guru akan menayangkan montaj yang berkaitan ayat kefahaman yang dipelajari, ayat 179 Surah Al-A’raf.

2. Informing learner of the objectives; memberitahu murid akan objektif pembelajaran yang akan mereka capai / peroleh.

Sebelum memulakan pengajaran, guru akan memberitahu beberapa objektif yang digariskan yang sepatutnya dapat dicapai oleh murid di akhir pembelajaran nanti. Ini supaya mereka dapat fokus terhadap apa yang diajar oleh guru.

3. Stimulating recall of prior learning; iaitu guru merangsang murid untuk mengingat pelajaran sebelumnya yang berkait dengan tajuk dan menghubungkannya dengan apa yang akan dipelajari berikutnya.

Dalam RPH, guru bertanyakan murid apa yang mereka tahu tentang nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia.

4. Presenting stimulus; iaitu guru mula membentangkan isi pengajaran.

Guru membentangkan isi pembelajaran berdasarkan peringkat-peringkat / langkah-langkah yang disusun.

5. Providing learning guidance; guru memberikan bimbingan belajar.

Guru memberi bimbingan terhadap aktiviti latihan dalam kumpulan yang dilaksanakan oleh murid dengan bantuan naqib kumpulan.

6. Eliciting performance; tingkatkan prestasi murid.

Guru meminta murid membentangkan di hadapan kawan-kawan apa yang mereka bincangkan dalam kumpulan.

7. Providing feed back; memberikan timbal balas.

Guru memberikan respon terhadap apa yang dibentangkan. Sekiranya terdapat kesalahan akan diperbetulkan. Apa yang betul diberi peneguhan.

8. Assessing performance; mengukur hasil pencapaian belajar mereka.

Guru menyediakan aktiviti pengukuhan berdasarkan topik yang diajar. Guru boleh laksanakan dalam aktiviti pengayaan yang diberikan kepada murid

9. Enhancing retention and transfer; tingkatkan capaian hasil belajar sesuai dengan tujuan pembelajaran yang telah ditetapkan untuk dicapai.

Guru boleh mengemukakan beberapa sisipan atau lembaran kerja atau apa-apa pengukuhan seperti cerita, komik dan sebagainya yang berkait dengan topik.

.


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TINGKATAN 3

TAJUK : MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

AYAT KEFAHAMAN : SURAH AL-A’RAF AYAT 179

Tingkatan : Tiga Mawar

Masa : 80 minit

Tajuk

Ayat 179 surah Al-A’araf. (Ayat Kefahaman)



Fokus

1. Pemahaman

· Murid mengetahui bahawa

2. Amalan

· Murid sentiasa memelihara diri dengan melaksanakan perintah Allah.

3. Penghayatan

· Murid berusaha mengukuhkan iman dan ilmu.

4. Pembudayaan

· Murid menggunakan anggota panca indera untuk tujuan kebajikan.


1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

2. Kehidupan berkualiti.

3. Keutuhan budaya dan moral.

Modul/ Kaedah/ Teknik

Modul/Model

Kaedah

Teknik

1. Perbincangan.

2. Simulasi.

3. Main Peranan.


1. Membuat nota ringkas.

2. Ilutrasi

Pengetahuan sedia ada

1. Murid mengetahui adanya neraka.

2. Murid mengetahui neraka sebagai tempat mengazab mereka yang tidak patuh dengan Allah.

3. Murid mengetahui apakah fungsi mata, hati dan telinga.

Sumber Pengajaran dan pembelajaran

1. Buku Teks

2. Bahan multimedia.

3. Teks al-Quran Flash berserta terjemahan.

4. Alat tulis.

5. Gambar.

6. Papan tulis.



Kandungan Pelajaran


Isi


1. Maksud ayat secara ijmali.

2. Nikmat-nikmat yang kurniakan dalam ayat.

3. Sebab-sebab jin dan manusia masuk neraka.

4. Menerangkan fungsi-fungsi mata, hati dan telinga sebagai tanda bersyukur.

5. Akibat menyalahgunakan mata, hati dan telinga.

6. Pengajaran ayat.



Penyerapan

Akidah

· Menerapkan supaya pelajar mensyukuri nikmat Allah.


Adab

· Menjaga maruah diri.


Gabung Jalin

Sains:

· Peranan anggota badan.

· Kajian tentang biologi.

· Penciptaan anggota berdasarkan ayat al-Quran.


Sejarah:

· Faktor kejatuhan umat-umat terdahulu dan tamadun selepasnya


Kemahiaran berfikir

1. Dapat membanding bezakan penggunaan mata telinga dan hati antara manusia dan haiwan.

2. Penciptaan mata, hati dan telinga adalah bertujuan untuk mengenal Allah SWT


Persediaan Guru

1. Guru membuat analisis kandungan pengajaran.

2. Menyediakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran.

3. Guru melantik 4 orang pelajar yang berperanan sebagai guru.

4. Telah membahagikan kumpulan.


Hasil Pengajaran dan pembelajaran


Aras 1

1. Menyatakan maksud ayat secara ijmali.

2. Menyebut nikmat-nikmat Allah SWT yang dikurniakan berasaskan ayat.

3. Menyatakan sebab-sebab jin dan manusia menjadi penghuni neraka jahanam.


Aras 2

1. Menjelaskan fungsi-fungsi mata, telinga dan hati untuk memperoleh hidayah Allah.

2. Menerangkan kesan-kesan penyalahgunaan mata.

3. Amanah dalam menggunakan pancaindera.


Aras 3

1. Membanding bezakan penggunaan mata, telinga dan hati antara manusia dan haiwan.

2. Menghuraikan amalan yang membolehkan seorang menjadi penghuni syurga.

3. Menjelaskan pengajaran ayat.

4. Memperbanyakkan amalan kebajikan.



Set Induksi

1. Guru menayangkan montaj kepada pelajar.

2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan paparan yang ditayangkan kepada pelajar.

· Apakah yang lihat?

· Siapakah melakukan kerosakan di muka bumi ini?

· Ya, mata untuk melihat.


Perkembangan


Guru memberitahu murid objektif yang sepatutnya dapat dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran.

Guru bertanyakan murid terhadap apa yang dipelajari sebelum ini, ataupun pengalaman hidup sedia ada murid.


Langkah 1: Pembentangan ayat dan bacaan guru aras 1.

Guru menarik perhatian pelajar supaya melihat bahan pengajaran di hadapan dengan memaparkan ayat al-Quran Flash.


Guru membaca ayat 179 surah al-A’araf dua kali.


Guru membaca buat kali ketiga dengan diikuti pelajar.


Pelajar mendengar bacaan guru.


Pelajar mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.



Amali/Amalan

Amali

* Membaca ayat-ayat suci al-Quran.


Amalan

* Murid menjauhi larangan Allah S.W.T


Nilai/Penghayatan/

Pembudayaan Nilai

* Berfikir sebelum bertindak.


Penghayatan

* Murid sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.



Pembudayaan



* Menggunakan panca indera ke arah kebaikan.


Penilaian


Secara lisan:

1. Murid di minta menyebut nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan berdasarkan ayat 179 Surah al-A’raf.

Langkah 2: Memberi makna ayat dan perbincangan



Guru memberi makna ayat dan meminta pelajar mengulang semula terjemahan ayat


Guru mengajukan soalan kepada pelajar berkaitan ayat yang dibincangkan.



Soalan:

* Apakah nikmat-nikmat yang terkandung di dalam ayat-ayat yang kamu pelajari tadi.?

* Adakah kamu merasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan.?



Pelajar mendengar apa yang diterangkan oleh guru berkenaan dengan ayat yang dibaca.

Pelajar memberi perhatian serta mereka menjawab sekadar yang mereka tahu.

Jawapan:

* Nikmat mata, telinga dan hati.
* Pelajar merasa bersyukur.


Langkah 3: Pembentukan kumpulan dan latihan untuk memenuhi hasil pengajaran dan pembelajaran aras 1



1. Kelas di pecahkan kepada 6 kumpulan.
2. Tiap-tiap kumpulan dilantik seorang naqib kalangan pelajar dari setiap kumpulan.
3. Naqib diberi penerangan ringkas oleh guru tentang kefahaman ayat.
4. Naqib berperanan untuk menjelaskan kefahaman ayat kepada ahli kumpulan.
5. Guru berinteraksi dengan setiap kumpulan untuk memastikan mereka faham dengan perbincangan.
6. Seterusnya guru menyoal dengan memilih 3 orang murid dari setiap kumpulan secara rawak untuk mengenal pasti maklumat yang mereka perolehi.





Langkah 4: Perbincangan dan tugasan kumpulan untuk memenuhi hasil pengajaran dan pembelajaran aras 2



1. Kedudukan Murid masih di dalam kumpulan masing-masing.

2. Guru memberikan memberikan soalan kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan.

3. Guru meminta pelajar menghasilkan jawapan di dalam bentuk peta minda.

4. Naqib kumpulan bertindak sebagai penggerak bagi setiap rakan-rakannya.

Soalan:

· Apakah fungsi-fungsi mata, telinga dan hati.?

· Apakah kesan-kesan menyalahgunakan nikmat mata, telinga dan hati.?


1. Pelajar berbincang di dalam kumpulan dan menulis dapatan.

Jawapan: Jawapan murid.



Langkah 5: pembentangan setiap kumpulan untuk mengukuhkan aktiviti yang ke-4 bagi memenuhi hasil pengajaran dan pembelajaran aras 2.



1. Guru meminta setiap kumpulan membentangkan dapatan mereka.

2. Setiap wakil kumpulan perlu membuat pembentangan.


Wakil kumpulan membentang hasil perbincangan yang mereka perolehi.

Langkah 6: pembentangan kumpulan dalam bentuk dialog ilustrasi



1. Naqib diberi maklumat mengenai langkah yang seterusnya.



2. Setiap kumpulan diminta untuk menghasilkan apa yang mereka faham mengenai nikmat mata, telinga dan hati melalui ilustrasi yang dihasilkan secara dialog.



3. Murid perlu menghasilkan ilustrasi mereka pada bahan yang disediakan oleh guru.






1. Murid-murid berbincang di dalam kumpulan dan setiap ahli perlu menyumbang idea.



2. Murid memilih di kalangan mereka yang mempunyai kebolehan di dalam seni lukis dan selebihnya memikirkan plot cerita dan dialog perbualan.



3. Murid membuat pembentangan di hadapan kelas hasil daripada idea mereka tentang kefahaman ayat yang dipelajari.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP