Tuesday, February 9, 2010

Sejarah Hitam Berulang



“Biarlah mereka berseronok pada kali ini, Insya Allah kita akan ambil balik dari mereka tahun hadapan...”



Lebih kurang beginilah ungkapan yang diterima oleh sahabat saya bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) oleh salah seorang warga kakitangan UM. Ini adalah satu contoh daripada seorang warga UM yang pada hemat saya ramai lagi yang berpendapat sama dengan ungkapan di atas tadi.



Kenapa? Kerana mereka tahu dan memahami keadaan sebenar yang dihadapi oleh mahasiswa UM yang berusaha mengetengahkan kebenaran. Mereka tahu siapa yang sebenarnya baik atau sebaliknya. Mereka tahu siapa yang berusaha menjalankan program ilmiah dan sebaliknya.



Empat tahun lalu saya memasuki UM dalam keadaan MPMUM dipegang oleh mereka yang bergelar Pro-Aspirasi (sekarang Penggerak Mahasiswa, “nama ciplak”). Susah untuk melihat program berbentuk ilmiah yang dijalankan oleh mereka. Yang ada hanyalah program ilmiah yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang saya rasa inilah persatuan sebenar dan inilah MPMUM.



Selama tiga tahun, perasaan yang sama dirasai. Sehinggalah MPMUM berubah terajunya dan dipegang oleh mereka yang bergelar Pro-Mahasiswa. Dapat dilihat perbezaannya. Namun apa kan daya mereka yang memegang teraju apabila Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menyalahgunakan kuasa dengan melakukan dasar sekatan terhadap mandat MPMUM. Penafian hak menjadi pelaksana bersama Minggu Haluan Siswa sebagai contohnya menunjukkan mereka begitu rakus dengan kuasa yang dimiliki. MPMUM yang turun melakukan “roadshow” ke kolej-kolej kediaman juga disukarkan prosesnya. Borang kebajikan yang diminta oleh MPMUM untuk pelajar baru isi dirampas dan diambil oleh Pembantu Mahssiswa kolej yang terdiri daripada mereka yang bergelar Penggerak Mahasiswa (tak sedap guna nama ni, mereka bukan penggerak mahasiswa, perosak mahasiswa mungkin juga).



Setelah e-voting yang tidak dipersetujui oleh mahasiswa dijalankan, dan keputusan Pilihanraya Kampus diumumkan (setelah berlaku proses bantahan yang berlarutan selama seminggu), hari ini tercatat dalam sejarah bahawa calon umum yang paling corot jumlah undiannya dilantik menjadi YDP. Tahun suram MPMUM bakal berlaku lagi. Juga tahun pengajianku yang terakhir bakal dilabuh tirainya dengan pimpinan MPMUM yang tak jelas fikrah sebagaimana tahun pertamaku.



Namun, kemenangan mereka bukan mutlak. Kemenangan mereka tidak akan diberkati oleh Allah. Selagi mana mereka tidak mengubah tekad hati kepada jalan perjuangan sebenar. Moga-moga mereka berubah ke pangkal jalan. Bagi pejuang kebenaran, jangan sesekali undur ke belakang. Bentukkan saf yang kukuh untuk menghadapi halangan akan datang. Berikan amaran kepada mereka bahawa kitalah pemimpin sebenar dengan menggerakkan pendidikan kelimuan di setiap peringkat, menjadi jurubicara yang diyakini semua, harapan sebenar mahasiswa dan lantang membangkang kemungkaran. Allahu Akbar!



Kita akan terus berada di medan ini.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP