Monday, July 13, 2009

Jom Beramai-ramai!

KONSERT ANTARA DUNIA '09

Konsert Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Tema
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam - 11.00 malam

Tempat
Stadium Malawati, Shah Alam

Artis jemputan

Hijjaz

Raihan

Rabbani

Shoutul Harokah : Artis Indonesia



* Sila layari laman web : http://gamisconcert.blogspot.com

Read more...

Berfikir mengikut al-Quran.

Didalam Al-Qur'an banyak diterangkan ayat yang mendorong umat Islam supaya melakukan penelitian dan memperhatikan dengan menggunakan akal dan fikiran. “Dia menumbuhkan bagimu, dengan air hujan itu, tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian itu merupakan ayat-ayat Allah (atau tanda kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berfikir”(QS. An Nahl:11).

“Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan dengan perintah-Nya. Sesungguhnya dalam gejala-gejala itu terdapat ayat-ayat Allah (tanda-tanda kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mempergunakan akal”(QS. An Nahl:12)

Dan banyak lagi ayat-ayat yang mendorong supaya meneliti dan berfikir memperhatikan kejadian alam semesta. Kerana fenomena alam semesta itu juga berupa kalam Allah s.w.t Padahal ayat yang pertama kali turun kepada Nabi Muhammad adalah surat Al 'Alaq, yang dimulakan dengan kata Iqra', pada ayat yang selanjutnya pada ayat itu tidak pula disebutkan membaca sebuah kitab atau mata pelajaran berupa buku-buku seperti paket di sekolah, akan tetapi perintah membaca disini ialah melihat kejadian atau proses penciptaan manusia!!! Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.....manusia dari segumpal darah.

Pada firman Allah di atas dijelaslah bahawa fenomena alam semesta adalah merupakan ayat-ayat Allah (ayat kauniah), maksudnya konsepsual Al-Qur'an tidak akan lari dari kebenarannya dengan ayat-ayat kauliyah (firman).

Sekali lagi, Al-Qur’an mengalakkan umat Islam supaya berfikir dan menggunakan akal, bahkan lebih baik dari ibadah seribu rakaat (Al-Hadis), sebab berfikir merupakan jalan untuk mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi dan yang berupa hikmah. Apa kata anda semua? Bagaimana cara berfikir yang ditekankan oleh al-Quran? Sekian, Wallahu 'Alam.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP